Friday, April 3, 2015

Kokurikulum



Malas Emas is all about FOOD

last updated  - 28 / 1 / 2016







Sistem kokurikulum di PASUM ni agak berbeza berbanding di sekolah / diploma / matrik / stpm.
Dia TAK seperti di sekolah dulu macam hari Rabu ni ialah hari koku dan kena pakai baju beruniform.
TAK seperti di sekolah dulu ada Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan etc.


Kokurikulum di PASUM ni ada terbahagi kepada dua
1. Peringkat PASUM / UM
- Projek yang dilaksanakan di peringkat ni biasanya akan melibatkan lecturer2 / staf PASUM
dan mungkin juga melibatkan pihak HEPA


2. Peringkat Kolej Kediaman
- Projek ni biasanya dikendalikan oleh pihak Jawatankuasa Tindakan Kolej JTK, felo dan pengetua kolej sahaja

(JTK tu  AJK2 Tertinggi yang terdiri daripada pelajar KUAZ sahaja)


Ok now koku kat PASUM ni kan
dia bukan setiap minggu ada aktiviti
tapi mereka akan tentukan tarikh untuk buat aktiviti / projek tu
Contohnya bulan 12 nanti nak buat aktiviti Jogathon
Contohnya bulan 2 nanti nak buat Malam Emas
dan etc2
So kena alert la bila mereka akan laksanakan aktiviti tu
Markah koku akan diberi jika hadir ke aktiviti itu


Sebenarnya akan ada banyak je aktiviti yang akan diadakan di KUAZ / PASUM
so pandai2 la bahagikan masa dan aktifkan diri untuk menjadi AJK / JTK
Macammana nak jadi AJK / JTK ?
Kebiasaannya mereka akan bagitau temuduga untuk menjadi JTK/ AJK
Jadi ambillah kesempatan ini untuk menjadi JTK / AJK


Pemarkahan untuk koku PASUM ni saya tak pasti sangat
Semasa batch saya (Pasum 14/15) 
Kami diberi sekeping kad koku
Setiap kali hadir satu event dia akan bagi satu cop
Kalau dapat penuhkan kad tu dengan cop 
Maknanya kira 'selamat' lah
Selain tu event wajib seperti Perjumpaan pengetua and perjumpaan JTK, Malam emas pun kena wajib hadir untuk mendapatkan markah koku
Untuk maklumat lanjut mengenai Pemarkahan koku di PASUM
saya suggestkan anda untuk bertanya semasa perjumpaan pengetua dan jtk nanti / tanya felo kolej / senior lain 


Dah habis baca tapi still rasa macam ada banyak soalan?
Takpe
Dah masuk PASUM nanti pihak  PASUM / Kolej akan bagitau lagi terperinci pasal semua ni



Now I'll share some BIG EVENTs in PASUM


1. JOGATHON

Jogathon ni macam Marathon la
kena pusing 1 UM
hmm semput kau
Biasanya diadakan semasa sem 1
(maaf tiada gambar untuk Jogathon boleh try search kat Insta)





2. MALAM EMAS !

Malam emas ni ialah the biggest biggest event 
senang cerita ni grand dinner la
diadakan semasa sem 2 sebelum final exam sem 2










3. SUKMUM

Sukan Mahasiswa Universiti Malaya
So sesiapa yang dari sekolah memang selalu jadi atlet
boleh mewakili KUAZ untuk menjadi atlet SUKMUM
diadakan semasa sem 1


Banner SUKMUM KUAZ 15/16




4. MANDETA

Ni dinner hanya untuk pelajar yang banyak menyumbang kepada pihak kolej
Contohnya JTK dan atlet SUKMUM 
(maaf tiada gambar boleh search dalam insta)





Some other small events
Tapi depends on perancangan JTK setiap batch
Lain batch lain aktivitnya



1. Derma Darah
(kalau dah ada buku derma darah boleh je bawa)










2. A Night In Borneo








If you have any questions please contact me at my
FB : Zaini Luo
or









No comments:

Post a Comment